Prompt Lemah: "Beri saya idea untuk sesi kaunseling."
A (Apa):
B (Bagaimana):
M (Mengapa):
Bengkel Pembinaan Slaid Interaktif
Anjuran:
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Prinsip Asas & Kerangka ABM
"Garbage In, Garbage Out"
Kualiti output AI bergantung sepenuhnya pada kualiti input (prompt) anda.
Ubah prompt yang lemah di bawah menjadi prompt yang kuat untuk tujuan kaunseling.
Prompt Lemah: "Beri saya idea untuk sesi kaunseling."
A (Apa):
B (Bagaimana):
M (Mengapa):
[A] Cipta satu aktiviti 'ice-breaker' untuk sesi kaunseling kelompok bertemakan pengurusan stres. [B] Sediakan arahan langkah-demi-langkah, termasuk soalan provokasi untuk perbincangan. [M] Sesi ini adalah untuk 15 orang pelajar Tingkatan 4 yang akan menghadapi peperiksaan percubaan, untuk membantu mereka berkongsi kebimbangan.
Contoh prompt yang boleh diubah suai untuk pelbagai tugasan.
[A] Cipta 3 idea utama untuk modul kemahiran komunikasi bagi pelajar yang akan menghadapi temu duga kemasukan universiti.
[B] Bagi setiap idea, sertakan objektif, satu aktiviti ringkas, dan cara penilaian. Gunakan format senarai bernombor.
[M] Ini untuk membantu kaunselor menyediakan bahan latihan persediaan yang praktikal dan relevan untuk pelajar Tingkatan 6.
[A] Jana satu rubrik penilaian terperinci untuk tugasan pembentangan kumpulan.
[B] Buat dalam format jadual dengan lajur: 'Kriteria', 'Cemerlang (8-10)', 'Baik (5-7)', 'Memuaskan (1-4)'. Kriteria perlu merangkumi kandungan, penyampaian, kerjasama, dan visual.
[M] Rubrik ini bertujuan untuk memberikan panduan pemarkahan yang telus dan objektif kepada pensyarah dan juga pelajar.
Bina prompt lengkap menggunakan kerangka ABM untuk setiap senario kaunseling di bawah.
Anda seorang kaunselor pelatih. Rancang satu sesi kaunseling individu (45 minit) untuk pelajar yang mengalami kebimbangan sosial di sekolah.
Anda perlu menyediakan 3 soalan terbuka untuk meneroka isu buli siber dalam sesi kaunseling kelompok remaja.
Menggabungkan Teknik Persona dan Chain-of-Thought (CoT)
Anda seorang guru disiplin. Anda perlu menulis emel kepada ibu bapa seorang pelajar yang kerap ponteng kelas. Gunakan Teknik Persona dan Chain-of-Thought untuk membina satu prompt bagi menjana draf emel tersebut.
"Bertindak sebagai seorang guru disiplin yang prihatin tetapi tegas. Saya perlu menulis draf emel kepada ibu bapa seorang pelajar yang telah ponteng kelas Bahasa Melayu sebanyak 5 kali dalam sebulan.
Fikir langkah demi langkah untuk struktur emel ini:
1. Mulakan dengan salam dan pengenalan diri.
2. Nyatakan fakta kehadiran (subjek, tarikh ponteng) secara objektif.
3. Jelaskan impak ketidakhadiran kepada prestasi akademik pelajar.
4. Cadangkan satu sesi pertemuan bersama ibu bapa untuk membincangkan perkara ini.
5. Akhiri emel dengan harapan untuk bekerjasama demi kebaikan pelajar.
Hasilkan draf emel yang profesional dan tidak menuduh berdasarkan langkah-langkah di atas."
Gunakan teknik Multi-Layer Prompting untuk menjana satu set bahan yang lengkap.
Minta AI merangka struktur keseluruhan toolkit (cth: Objektif, 3 Modul Utama, Penilaian).
Pilih SATU modul dari rangka tadi, dan minta AI menjana kandungan terperinci untuk modul tersebut.
Minta AI menukar kandungan modul tadi kepada format yang lebih menarik (cth: skrip video pendek atau siri infografik).
Gunakan kemahiran prompting anda untuk menjana imej yang kreatif.
Tulis satu prompt yang menggabungkan imej di sebelah kiri dengan gaya lukisan "Starry Night" oleh Van Gogh di sebelah kanan.
+
Arahan: Log masuk ke Gemini (gemini.google.com), jana imej, dan muat naik hasilnya ke pautan Canva ini.
Perkara utama yang telah kita pelajari dalam sesi Kejuruteraan Prompt.
Ada sebarang persoalan mengenai Kejuruteraan Prompt?
Setiap pelajar dikehendaki untuk membina slaid interaktif dan kreatif berdasarkan tema Psikososial & Kesejahteraan Mental.
Gunakan senarai semak di bawah sebagai panduan untuk membina slaid anda. Sila muat turun untuk rujukan anda.
Dari kod kepada slaid interaktif dalam talian.
"generate html slide for...".Kongsikan hasil kerja anda bersama rakan-rakan.
Semoga memberi manfaat. Sampai jumpa lagi!
@nurulainimoshidi